Penyanyi remaja Ainan Tasneem memberitahu dia belum berkesempatan beraya di rumah kekasihnya kerana agak sibuk dengan aktiviti seni dan kesuntukan masa.
“Pada tahun ini, saya menyambut Hari Raya dengan keluarga dengan begitu meriah sekali. Saya rasakan pengalaman yang agak berbeza sekali dengan tahun-tahun sebelum ini. Tahun ini, sedikit kelainan kepada saya apabila saya menyambut 1 Syawal dengan membuat persembahan di kediaman Perdana Menteri. Syawal kali ini juga kami sekeluarga gunakan untuk bercuti bersama-sama di Johor Bharu dan Singapura,”
“Saya masih belum sempat untuk berkunjung ke rumah dia (kekasih) lagi pada tahun ini kerana agak sibuk dan kesuntukan masa. Syawal yang lalu, saya sempat singgah ke rumahnya untuk berhari raya. Tapi pada tahun ini, saya akan berkunjung juga ke rumahnya untuk beraya namun belum ada tarikh yang sesuai,” jelas pelantun lagu Aku Suka Dia ini.
Mengenai perkembangan terbaru kerjaya seninya, selepas muncul dengan ‘single’ ‘Kamu Saja’ sekitar bulan Jun yang lalu, Ainan mendedahkan yang dia sedang dalam perancangan untuk berkolaborasi dengan pelantun lagu Be Mine, Tasha Manshahar.
sumber : gua.com
No comments
Post a Comment