Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Pekerja Dipaksa Pakai Lampin Pakai Buang~! Macam-macam Hal..
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Pekerja
Sebuah syarikat kerjasama antara Amerika Syarikat dan Korea Selatan di Honduras kini dituduh oleh kesatuan kerja dan bekas pekerja selepas mereka memaksa pekerja memakai lampin pakai buang dewasa bagi meningkatkat produktiviti.
Biarpun pentadbiran syarikat berkenaan menafikan dakwaan itu, satu siasatan sudah pun dijalankan menentukan kebenaran dakwaan itu.
Sabtu lepas Setiausaha Agung Konfiderasi Pekerja Umum di Honduras, Daniel Duron mendedahkan tindakan mengetepikan hak asasi manusia itu oleh syarikat Kyungshin-Lear Honduras Electrical Distribution System beribu pejabat di Korea Selatan itu.
Syarikat itu didakwa pekerjanya memakai lampin pakai buang dewasa bagi mengelakkan mereka pergi ke tandas membuang air kecil. Lebih malang syarikat tidak membekalkan lampin pakai buang itu.
Para pekerja terpaksa membeli sendiri lampin berkenaan dan mereka tidak dibenarkan meninggalkan meja kerja mereka, atau menghadapi risiko kehilangan pekerjaan.
Daniel membuat dakwaan itu berasaskan kepada beberapa keterangan dibuat pekerja syarikat Kyungshin-Lear dan mendesak siasatan dari pada pihak berkuasa.
Menteri Buruh Honduras Jorge Bogran pula memberitahu media, bahawa pihaknya sedang menyiasat dakwaan itu.
Wakil Undang-Undang syarikat itu Edgardo Dumas menafikan dakwaan sebagai palsu dan tidak berasas serta tegas mengatakan syarikat itu tidak langsung melanggar undang-undang buruh di negara itu.
Seorang pekerja Maria Gelano yang dipecat dari syarikat itu selepas bekerja selama tujuh tahun di syarikat itu mengesahkan dakwaan Daniel adalah benar.
“Amat memalukan, pekerja di sana perlu memakai lampin pakai buang dewasa kerana mereka tidak membenarkan pekerja pergi ke tandas, ramai pekerja di syarikat itu boleh mengesahkan dakwaan ini,” katanya.
Syarikat Kyungshin-Lear memulakan operasinya di Honduras 10 tahun lalu dan mempunyai kira-kira 3,500 orang pekerja. – Mynewshub.my
Sumber rujukan : Oddity Central

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments