Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Suami Ganas Pukul Isteri Berjaya Diberkas
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Pukul Isteri
Gerakan memburu “suami ganas” yang memukul isterinya di dalam lif oleh Polis Pulau Pinang tamat selepas lelaki itu berjaya diberkas dan ditahan bagi meneruskan siasatan kes berkenaan yang mendapat liputan meluas media dan masyarakat selepas video kejadian itu tersebar.
Lelaki itu seorang penjawat awam berusia 36 tahun melarikan diri selepas videonya membelasah isterinya di dalam lif sebuah hospital swasta itu tersebar luas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Pulau Pinang Aisisten Komisioner Mazlan Kesah berkata lelaki itu diberkas di Kuantan berhampiran daerah dia bertugas pada kira-kira pukul 4.45 petang dan dibawa ke Balai Polis Georgetown.
“Rancangan telah diatur untuk membawa lelaki itu ke sini, kami perlu merekodkan keterangan lelaki itu untuk menyelesaikan kes ini,” katanya.
Kelakuan ganas tidak berperi kemanusiaan itu direkodkan kamera litar tertutup (CCTV) dan video itu terus menjadi viral di laman sosial Facebook selepas dimuatnaik pada Selasa lepas.
Video itu selama 2:20 menunjukkan seorang lelaki dipercayai suami wanita di dalam video itu memukul dan menendang wanita berkenaan di hadapan dua anak mereka di dalam lif di Bandar Perda sehari sebelum itu.
Sementara itu, beberapa pegawai polis dan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat melawat wanita itu di rumahnya di Pulau Pinang petang tadi. – Mynewshub.my
Sumber rujukan : The Star Online

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments