PETALING JAYA: Pelakon Aeril Zafrel tidak dapat untuk menziarahi aktres yang dikaitkan dengannya iaitu Wawa Zainal kerana wanita itu sedang berehat di kampungnya, Sabah kerana penyakit misteri.
Aeril atau nama sebenarnya Suharil Suhari, 25, berkata, dia hanya bertanya khabar dan berhubung melalui telefon dengan Wawa untuk bertanya khabar kerana sibuk dengan penggambaran drama.
"Sejak dia balik ke Sabah saya tidak pernah berjumpa dia. Kami berhubung dan bertanya khabar melalui telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) sahaja. Saya difahamkan dia akan balik sini (Kuala Lumpur) pada September ini
"Kami memang berkawan baik sejak ketika saya berada di bawah syarikat pengurusan yang sama lagi dan banyak berkongsi masalah," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini Rabu.
Aeril berkata demikian ketika diminta mengulas tentang khabar angin hubungan percintaannya dengan pelakon itu.
Tambah Aeril, dia tidak menafikan hubungan istimewa tersebut, malah tidak juga mengiakan khabar angin itu.
"Susah nak cakap, kalau saya kata tidak orang cakap saya mahu 'cover line' pula, kalau saya kata ia benar, itu sudah tentulah orang ambil serius.
"Terpulanglah, tapi saya tidak nafikan dia adalah teman istimewa dalam kalangan artis yang rapat dengan saya," ujarnya.
Bagaimanapun, Aeril menafikan wanita itu menjadi salah satu punca dia keluar daripada syarikat pengurusan artis yang pernah dinaunginya dahulu.
"Saya keluar atas masalah peribadi bukan sebab cinta dihalang oleh pihak pengurusan tersebut. Kalau saya bercinta pun ketika itu mereka tiada hak pun nak halang," katanya.
Mengulas kes kehilangan kereta Suzuki Swift milik Wawa pada Mei lalu yang berada di bawah penjagaannya, kata Aeril, ia masih dalam siasatan pihak polis.
"Saya suka pinjam kereta dia kerana kecil dan senang dibawa, ketika itu saya baru sahaja parkir di hadapan rumah pukul 10 pagi dan hilang pada pukul 3 petang.
"Semua saya sudah uruskan dengan pihak polis dan pihak insurans, sekarang masih lagi dalam siasatan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Aeril muncul dengan drama terbaharu berjudul Cinta Jannahbermula Rabu di Slot Akasia di TV3.
"Saya baru sahaja habis penggambaran drama Cinta Jannah sebanyak 24 episod. Kalau nak diikutkan saya jarang ambil drama yang panjang-panjang kerana tidak suka komitmen lama-lama.
"Saya lebih suka buat telefilem berbanding drama rantaian. setahun sekali cukuplah buat drama episod," katanya. mSTar
No comments
Post a Comment