Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Operasi Dilihat Gagal, Mesir Kekal Darurat~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Darurat
Kerajaan Mesir mengumumkan darurat selama sebulan di seluruh negara itu bermula jam 10 malam tadi waktu Malaysia.
Perintah darurat itu terkandung dalam kenyataan Presiden Interim Adly Mansour yang diumumkan menerusi stesen televisyen kerajaan.
Kenyataan turut menyebut, pihak tentera dikerahkan untuk membantu polis dalam menyelesaikan pertumpahan darah yang menyusuli protest membabitkan penyokong bekas presiden Mohamad Morsi dan Ikhwanul Muslimin.
Menurut kenyataan tersebut, bantuan pihak tentera diperlukan untuk memulihkan situasi, melindungi fasiliti serta penduduk-penduduk yang tidak bersalah.
Pengumuman tersebut dikeluarkan sewaktu tindakan peserta protes semakin memuncak.
Ramai pihak mengecam tindakan polis dan tentera yang disifatkan sebagai operasi yang sudah dirancang rapi.
Keganasan kini turut berlaku di bandar-bandar di Delta Nil iaitu Minya dan Assiut, Iskandariah di utara Mesir, Fayoum di selatan Kaherah serta di Suez.
Operasi tersebut bagaimanapun gagal menggentarkan penyokong Mursi kerana tujuh jam selepas operasi dilancarkan, orang ramai terus berkumpul di jalan- jalan sambil mengibarkan bendera sambil tentera cuba menyuraikan mereka.
Sumber: AGENSI

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments