Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Gadis 16 Tahun Lebih Rela Penculik Ditembak Mati Daripada Dipenjara~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


SAN DIEGO - Seorang gadis berusia 16 tahun yang diculik oleh sahabat karib keluarganya memberitahu, lelaki tersebut menerima balasan setimpal apabila dia mati ditembak ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dalam satu pertempuran di pedalaman negeri Idaho.
Suspek yang disyaki membunuh ibu dan adik lelaki mangsa turut mengugut untuk membunuhnya jika dia cuba melarikan diri.
Hannah Anderson menceritakan pengalaman tersebut secara dalam talian dua hari selepas dia diselamatkan oleh pihak FBI, Sabtu lalu.
Dia menjawab beratus-ratus soalan di laman jaringan sosial tempatan, ask.fm menggunakan nama samaran Hannahbanana722.
Perkara tersebut disahkan oleh ibu kepada teman rapat karibnya, Dawn MacNabb.
Menurut Dawn, anak lelakinya, Alan MacNabb menelefon Hannah kelmarin dan menggesa supaya gadis itu memadamkan sebahagian komennya di ask.fm.
Dia diculik pada 4 Ogos lalu oleh James Lee DiMaggio, 40, yang merupakan sahabat karib bapanya.
DiMaggio mengundang dia, adiknya dan ibu mereka, Christina Anderson, 44, ke rumah lelaki itu di Boulevard, sekitar 105 kilometer dari sini.
"Dia memberitahu dia akan kehilangan rumahnya kerana dihimpit masalah kewangan. Kami pun pergi ke kediamannya buat kali terakhir untuk memberi sokongan moral tetapi dia memperdayakan kami," kata Hannah.
Menurut remaja itu, DiMaggio mengikat ibu dan adiknya di dalam garaj di kediaman tersebut.
Mayat mereka ditemui selepas rumah tersebut musnah dalam satu kebakaran.
Menurut Hannah, dia tidak tahu bahawa ibu dan adiknya sudah mati sehingga dimaklumkan oleh seorang ejen FBI semasa terbaring di katil hospital selepas dia diselamatkan pada Sabtu lepas.
"Saya seboleh-bolehnya mahu mengundurkan masa dan bergadai nyawa untuk cuba menyelamatkan mereka. Saya tidak akan memaafkan diri ini kerana tidak mencuba dengan lebih bersungguh-sungguh," katanya.
Hannah memberitahu, dia terjaga selama enam hari berturut-turut dengan DiMaggio tidak memberinya makanan.
Dia tidak cuba melarikan diri kerana DiMaggio memiliki senjata api dan "mengugut akan membunuh saya dan sesiapa sahaja yang cuba membantu".
Di laman sosial itu, Anderson berkata, dia terlalu takut untuk meminta tolong apabila bertembung dengan empat penunggang kuda di pedalaman Idaho pada Rabu lalu.
Para penunggang itu tidak melaporkan pertemuan tersebut kepada polis sehingga pada keesokan harinya selepas mendapat tahu tentang operasi mencari gadis berkenaan.
"Saya perlu berlakon tenang kerana saya tidak mahu mereka cedera. Saya bimbang dia akan membunuh mereka," jelas Hannah.
Ditanya sama ada dia lebih suka melihat DiMaggio dipenjara seumur hidup daripada dibunuh oleh ejen FBI, gadis itu memberitahu: "Dia memang patut mati".
Hannah mengaku yang dia tidak selesa berada dekat dengan DiMaggio sebelum ini ekoran lelaki itu pernah mengaku tertarik kepadanya. - AP

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments