Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » iPhone 5 Meletup Ketika Bergayut 40 Minit~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

China – Kes kemalangan melibatkan iPhone 5 terus berlaku di China dengan kejadian terbaru melibatkan seorang wanita yang cedera selepas telefon pintar berkenaan meletup ketika dia bergayut selama 40 minit.
Wanita itu, Li yang berasal dari Dalian berkata, dia dapat merasakan iPhone itu panas dan ketika dia cuba menamatkan panggilan dengan menyentuh skrin, secara tiba-tiba ia meletup.



Letupan itu menyebabkan skrin berkenaan pecah dan terkena anak matanya hingga menyebabkan kecederaan.
Insiden terbaru ini sekali gus menjejaskan reputasi syarikat berkenaan di China.
Bulan lepas, seorang pramugari meninggal dunia selepas terkena renjatan elektrik ketika menjawab panggilan dengan Iphone 5 miliknya.
Ketika itu, telefon tersebut sedang dicaj.
Berita kematian Ma Ailun itu telah dimuat naik di internet oleh kakaknya, menyebabkan Apple menerima kecaman.
Ma yang dijadual berkahwin bulan ini, telah membeli telefon berkenaan pada bulan Disember lalu daripada kedai Apple di bandar kelahirannya di Xinjiang.
Susulan itu, telefon tersebut telah diserahkan kepada pihak berkuasa.
Bagaimanapun aspek keselamatan menjadi isu utama selepas berjuta-juta iPhone tiruan dijual di China.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments