Semalam, kita dikejutkan dengan luahan perasaan kekecewaan penerbit, pengarah dan pelakon filem Lemak Kampung Santan (LKS), Hans Isaac yang enggan lagi mengarah filem di laman Twitternya.
Dalam melupakan kekecewaannya itu, Hans kini berhasrat untuk menumpukan perhatian dalam bidang pementasan teater sahaja.
Heroin LKS, Neelofa bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kurangnya sambutan yang diberikan penonton terhadap filem lakonannya itu.
“Hal ini tak seharusnya diajukan kepada saya kerana tugas saya hanya berlakon. Penerbit yang sepatutnya menjawab tentang isu ini.
“Saya ada pendapat saya sendiri tapi saya tak sedia berkongsi. Jika saya buka mulut, nanti macam-macam cerita lain yang keluar,” ujarnya yang dipetik menerusi portal Gua.
No comments
Post a Comment