Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Soulja Boy Dihalau Dari Pesawat Selepas Maki Pramugari~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Soulja Boy
PENYANYI rap Soulja Boy telah dihalau keluar dari pesawat American Airlines kerana melakukan kekecohan sebelum kapal terbang berlepas.
TMZ melaporkan, Soulja yang terkenal dengan lagu Crank That dilaporkan tidak mengikut arahan daripada pramugari yang bertugas apabila dia enggan duduk di tempatnya selain enggan memakai tali pinggang sebagai keselamatan.
"Pramugari itu turut menasihati kesan perbuatannya itu jika dia tidak duduk di tempatnya sebelum pesawat berlepas tetapi dia tetap berdegil," menurut sumber syarikat penerbangan itu.
Soulja Boy terpaksa keluar pesawat selepas bertikam lidah dengan pramugari.
Akibat teguran itu, Soulja dikatakan telah memaki hamun pramugari tersebut dan dia terpaksa diarahkan untuk meninggalkan kapal terbang berkenaan.
Dalam pada itu, Soulja mengakui tindakannya melampau dan telah meminta maaf kepada pramugari berkenaan.
"Ia adalah hari yang teruk buat saya dan sikap pramugari itu juga telah menambahkan kemarahan saya.
"Bagaimanapun saya memohon maaf kerana telah menimbulkan masalah bukan sahaja kepada syarikat penerbangan itu tetapi juga kepada penumpang lain," katanya.
mStar

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments