Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Rumah Agam Atas Rumah Di China~! Ada Hutan Atas Pangsapuri di China~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Bangunan
Kalau di Malaysia, binaan haram di premis biasanya berbentuk tambahan bilik atau pengubahsuaian tanpa kebenaran pihak berkuasa. Tetapi di Beijing, binaan haram ialah sebuah rumah agam dibina berbentuk batu-batu di gunung.
Itulah yang terjadi, apabila seorang warga China di situ membina sebuah rumah yang kelihatan seperti timbunan batu-batu besar lengkap dengan pokok-pokok di ruang bumbung sebuah bangunan pangsapuri setinggi 26 tingkat.
Menurut laporan Beijing Morning Post, jiran di sekeliling rumah pelik itu telah membuat aduan, selepas rumah agam itu sungguh besar dengan ukuran 1,000 meter kaki persegi.
Mereka bimbang ia akan memberi bebanan berlebihan seterusnya menyebabkan bangunan pangsapuri itu runtuh.
Batu-batu itu adalah binaan lain dan bukan batuan asli, dihiasi dengan pokok dan sedikit semak samun selepas itu dicat menyerupai lukisan klasik cina.
Pembinaan binaan pelik itu telah menyebabkan dua penghuni berpindah kerana kerja pembinaan rumah agam itu yang masih berjalan bertahun-tahun.
Beberapa aduan lain menyebut paip di rumah mereka rosak dan dinding turut pecah.
“Kami berasa tidak selamat berada di dalam bangunan ini, bagaimana jika ia runtuh ketika hujan atau ribut,” kata seorang penghuni di tingkat 26 yang enggan namanya disiarkan.
Pihak berkuasa sudah pun mengeluarkan notis kepada villa berkenaan bahawa binaan itu dibina tanpa kebenaran.
Yang peliknya, binaan sebegitu di China sebenarnya bukanlah perkara baru. Binaan di tingkat paling atas sesebuah bangunan biasanya boleh dijual semula dengan harga mahal.
Pernah terjadi, seorang pemaju membina 25 buah villa mewah di tingkat atas sebuah pusat beli-belah yang kemudiannya menjadi tempat tinggal pekerja asing selepas ia diisytiharkan sebagai binaan haram di China.
Nasib rumah agam berbatu itu bagaimanapun tidak diketahui kerana tindakan undang-undang dilaksanakan secara “pilih bulu” di China. – Mynewshub.my
Sumber rujukan : AFP

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments