Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Najib Bentang Budget 2015 Jam 4 Petang ini
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada 4 petang ini, bajet terakhir dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).

Seperti pelan tindakan kewangan yang lain, Najib yang juga Menteri Kewangan semalam membayangkan bahawa Bajet 2015 adalah belanjawan 'pro-rakyat' dan meliputi pelbagai langkah mengurangkan beban kos hidup.

Antara lain, Bajet 2015 akan membantu meningkatkan peluang pekerjaan, pendidikan dan mewujudkan lebih banyak rumah mampu milik, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Perdana Menteri juga menggariskan mengenai pentingnya program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"BR1M akan diteruskan kerana ia adalah sebahagian daripada manifesto. Ia adalah sebahagian daripada rasionalisasi subsidi.

"Dengan mengalihkan subsidi menyeluruh kepada sokongan lebih bersasar, kami akan memperoleh nilai wang yang lebih baik," katanya.

Najib juga menegaskan mengenai pentingnya meneruskan langkah mengurangkan defisit kerajaan bagi memastikan bajet seimbang dicapai pada 2020.

Beliau menambah bahawa kerajaan kini dalam kedudukan yang baik untuk memenuhi sasaran defisit fiskal, yang meliputi pengurangan defisit kepada 3.5 peratus menjelang akhir tahun dan tiga peratus pada akhir 2015. - BH Online

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments