Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Guru Rotan Tangan Pelajar Hingga Lebam Sebab Geram
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Ipoh: Seorang murid tahun tiga sebuah sekolah di sini mendakwa dipukul guru pendidikan moral yang juga guru kelasnya dengan rotan sehingga menyebabkan lengan kanannya lebam dan berbekas.



Ibu murid lelaki, G.Neelalaawathi, 32, mendakwa, kejadian berlaku ketika anaknya sedang mengikuti mata pelajaran Pendidikan Moral di dewan sekolah itu dan diajak oleh rakannya bermain namun dia menolaknya kerana bimbang dipukul guru berkenaan yang ketika itu belum memasuki kelas. 

Katanya, selepas itu guru berkenaan tiba dan terus merotan anaknya sehingga menyebabkan lengan anaknya lebam dan berbekas.
"Apabila saya berjumpa guru berkenaan dan bertanyakan sebab dia memukul anak saya, guru itu memberikan alasan yang dia berbuat demikian hanya untuk melepaskan geram.  

"Selepas membuat laporan polis semalam, guru berkenaan menelefon suami saya pagi tadi serta memaklumkan dia mahu berbincang dan sanggup membayar berapa saja yang diinginkan," katanya dalam sidang media di Pejabat Pusat Aduan Barisan Nasional (BN) Ipoh, di sini.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments