Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Lapan Ketua Polis Daerah Di Sabah Naik Pangkat
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Gambar Hiasan
KOTA KINABALU: Pangkat lapan Ketua Polis Daerah (OCPD) di Sabah dinaikkan kepada Superintenden (Supt) dan Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP).
Pangkat bagi Ketua Polis Daerah Lahad Datu dinaikkan daripada Supt kepada ACP manakala pangkat bagi Ketua Polis Daerah Kunak, Kota Marudu, Kota Belud, Semporna, Kudat, Beluran dan Kinabatangan masing-masing dinaikkan daripada Timbalan Penguasa Polis (DSP) kepada Supt. 

Majlis pemakaian pangkat baru kepada lapan Ketua Polis Daerah berkenaan berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di Kepayan di sini hari ini.

Ia disempurnakan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib. 

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Shamsudin Mat kini berpangkat ACP daripada Supt manakala M Radzali Mahmud Ketua Polis Daerah Kunak, Mohd Isa Yusof (Kota Marudu), Mohan S/O Nadasen (Kota Belud), Mazlan Mohamed Lazim (Semporna), Dawi Bin Ossen (Kudat), Shivananthan A/L R Velautham (Beluran) dan A Sahak Rahmat (Kinabatangan) kini masing-masing berpangkat Supt daripada DSP. 

Hamzah berkata, ini adalah sejarah bagi Sabah kerana tidak pernah begitu ramai OCPD dinaikkan pangkat.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments