Dalam pada kekecohan cerita mengenai isu bercinta dengan suami orang, tiba-tiba timbul pula nama si pengacara cantik, Hanis Zalikha yang dikatakan terkena tempiasnya.
Pelik juga OHBULAN! apabila menerima berita ini kerana setahu kami, gadis ini khabarnya ‘rapat’ dengan seorang aktor kacak berstatus bujang.
Bukan sekadar khabar angin, berita itu disahkan sendiri oleh tuan empunya badan menerusi sekeping foto screenshot artikel yang dimuatnaik ke laman Instagramnya.
Rupa-rupanya, akibat kecuaian yang mungkin tidak disengajakan, sebuah blog hiburan telah tersalah meletakkan nama dalam artikel tersebut. Artikel yang sepatutnya ditulis nama Hanis Zalikha telah tertukar menjadi Hanis Suraya.
Susulan itu, Hanis Zalikha telah menerima kritikan daripada peminat menerusi akaun Twitter yang mengaitkan dirinya dengan pelakon kontroversi, Hanez Suraya.
Alahai. Tak pasal-pasal orang lain pula yang terkena tempiasnya ya? Apapun, perkara ini seharusnya dijadikan peringatan buat semua media dan blog, termasuk juga kepada OHBULAN! supaya lebih berhati-hati dalam fakta penulisan masing-masing.
-Ohbulan-
No comments
Post a Comment