Masalah tandas tersumbat yang dialami satu keluarga di Kelantan rupa-rupanya membawa kepada penemuan satu tengkorak dan serpihan tulang manusia di rumah mereka.
Kesemua objek itu ditemui di dalam sebuah tangki kumbahan sedalam lapan meter di rumah mereka Pintu Geng, Kota Bharu, hari ini.
Kejadian yang berlaku pada pukul 9.30 pagi itu disedari selepas kerja menyedut sisa kumbahan yang dilakukan sebuah syarikat selesai, memetik laporan Harian Metro.
“Saya memanggil mereka menyedut sisa kumbahan itu selepas tandas di rumah tersumbat sejak beberapa hari lalu.
“Tidak lama kemudian, pekerja syarikat yang menjalankan kerja menyedut sisa kumbahan itu memaklumkan menemui tengkorak dan tulang manusia di dalam tangki sebelum saya terus menghubungi polis untuk siasatan lanjut,” katanya.
No comments
Post a Comment