Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Posh Spice Mahu Miliki Empayar Fesyen Di Dunia~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Posh Spice
NEW YORK – Selebriti Victoria Beckham mendedahkan bahawa dia mempunyai rancangan hebat untuk mengembangkan jenama fesyennya, eponymous.
Victoria merupakan antara pereka fesyen paling berpengaruh dalam Minggu Fesyen New York yang diadakan pada setiap tahun di sini.
“Saya mahu jenama saya berkembang dan berkembang. Sudah pasti saya mahu mendirikan empayar fesyen sendiri,” kata Victoria.
Impian tersebut dikongsi oleh bekas ahli kumpulan Spice Girls itu dalam temu bual bersama majalah New York Times menjelang pelancaran koleksi musim bunga dan musim panas 2014 eponymous pada 5 September depan.
Victoria yang terkenal dengan gelaran Posh Spice dan isteri kepada pemain bola sepak terkenal, David Beckham mula mencipta nama dalam dunia fesyen menerusi pertunjukan fesyen sulungnya di sini pada 2008.
Tambahnya, dia mereka pakaian yang akan dipakai olehnya sendiri berdasarkan gaya fesyen terkini termasuk dres, kot, skirt dan seluar panjang.
Victoria, 39, turut menghasilkan aksesori seperti cermin mata hitam, beg tangan dan denim dengan jenama utamanya ‘Victoria Beckham’.
Jenama tersebut semakin pesat berkembang, terutamanya di rantau Asia.
Dalam pada itu, beliau turut mencipta fesyen pakaian baharu dengan meletakkan harga berpatutan serta warna yang lebih kasual untuk pasaran orang muda.
“Saya ingin lebih ramai wanita di luar sana menggunakan pakaian yang direka oleh saya,” katanya.
Terdahulu, ibu kepada empat orang anak itu yang telah berpindah dari Los Angeles ke London memberitahu, dia merindui cuaca, keterbukaan dan etika kerja di Los Angeles.
Victoria turut mendedahkan bahawa dirinya lebih sesuai tinggal di Amerika Syarikat. – AFP

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments