Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Chris Brown Jadi Sasaran Tembakan Di Kelab Malam
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



LOS ANGELES – Penyanyi R&B, Chris Brown dikatakan menjadi sasaran penembak di sebuah kelab malam, 10AK di Hollywood Barat, lapor akhbar MailOnline semalam.
Bagaimanapun, penyanyi berusia 25 tahun itu terselamat ketika menjadi pengacara pada parti pra-Anugerah Muzik Video MTV.
Namun dalam kejadian itu, tiga orang tercedera termasuk seorang penerbit muzik, Suge Knight, 49.

Knight terkena dua das tembakan dan cedera di bahagian perut dan lengan.
Dia kemudian dibawa ke hospital Cedars Sinai untuk menjalani pembedahan ekoran cedera parah.

Sementara itu, model dan pelakon, Tyson Beckford dan ahli kumpulan Black Eyed Peas, Apple De Ap yang turut berada dalam majlis itu berkata, mereka mendengar empat das tembakan sekitar pukul 1.30 pagi semalam.

Turut hadir dalam majlis itu ialah penyanyi terkenal, Justin Bieber serta penyanyi rap, The Game atau nama sebenarnya Jayceon Terrell Taylor.
"Ia amat mengecewakan kerana kami sebagai satu masyarakat tidak boleh bergembira tanpa sebarang pergaduhan," kata Brown dalam akaun Twitternya.

Polis bagaimanapun dikatakan telah berjaya menahan seorang lelaki bersenjata selain menutup jalan-jalan di sekitar kelab malam itu dan menyoal siasat beberapa pengunjung.
– AGENSI

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments