LUAR biasa sungguh citarasa yang dimiliki anakanda kelima Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim ini.
Tunku Jalil yang memuat naik naik gambar haiwan peliharaan barunya iaitu sejenis buaya yang dikongsi menerusi Instagram miliknya menarik perhatian netizen.
Hinggakan ada pengguna sosial yang beranggapan ianya adalah buaya palsu.
Buaya betul ke palsu, tidaklah dapat kami pastikan…
Namun, dalam kapsyen Tunku ada memberitahu haiwan ini adalah buaya kesayangannya yang diberi nama Azlee.
Pun begitu, kagum pula melihat aksi berani Tunku bergambar bersama-sama buaya sepanjang 1 meter ini.
Sedangkan haiwan reptilia ini terkenal dengan sifat ganasnya.
Oh yer, sebelum ini pun Tunku pernah berkongsi gambar tapir yang diberi nama Lucy.
Mynewshub.my
No comments
Post a Comment