INGATKAN Instagram Rich Kids je ada…tak sangka pulak wujud ‘Rich Dogs Of Instagram’!
Jika sebelum ini heboh mengenai Instagram yang memaparkan gambar-gambar kehidupan mewah anak-anak jutawan sama ada dalam Malaysia mahupun luar negara, tup-tup ada pihak tertentu telah membuat akaun Instagram yang memaparkan kehidupan anjing mewah milik jutawan.
Seperti diketahui ramai, anjing sememangnya antara binatang peliharaan yang menjadi pilihan ramai (bukan muslim).
Tak hairanlah, ada individu tertentu sanggup berbelanja besar dan berhabis bagi binatang kesayangan mereka ini.
Pun begitu, kehidupan mewah anjing yang dipaparkan dalam akaun ini bakal membuatkan anda ternganga cemburu!
Lihatlah bagaimana anjing-anjing diatas ‘dimanjakan’ dengan barangan jenama mewah, melancong ke luar negara dan menaiki jet persendirian…kau mampu?
Haihh… rasa-rasanya tahap mewah sesetengah anjing ini dah boleh mengalahkan gaya hidup anak jutawan dah. Itulah jadinya bila duit dah berlambak sangat sampai tak tahu nak buat apa agaknya.
Cuma malang sekali, di saat ramai lagi manusia di dunia ini yang memerlukan makanan dan keperluan asas lain termasuk selimut kerana dihimpit kemiskinan, ada pihak ‘membakar’ duit dengan cara membazir kepada binatang kesayangan mereka yang sepatutnya tidak memerlukan pakaian pun..
No comments
Post a Comment