Beliau mempunyai tepak kaki sepanjang 11 inci dan seberat 5.4 kilogram namun masih mampun untuk berlari dan berjalan seperti orang lain.
Penyakit yang dialaminya ini sehingga sekarang menjadi misteri dikalangan pelopor bidang perubatan dan kajian mengenai penyakitnya ini masih dijalankan.
Malah ramai doktor yang mencadangkan supaya kaki budak itu dipotong manakala sebahagian yang lain pula menyatakan keadaan budak berkenaan tidak mengancam nyawanya.
“Doktor dari Amerika juga tidak dapat memberitahu apa silapnya, Ada yang kata hormonnya tidak seimbang, ada yang kata darah tidak mengalir dengan sempurna serta takungan air,’’ katanya.
Dalam pada itu, Verdant pula berkata, keadaan tapak kakinya yang besar itu menyebabkan dia tidak boleh berlari pantas dan sering diketawakan oleh rakan sebaya yang lain.
“Mereka tidak benarkan saya bermain kriket atau bola sepak. Saya juga mahu ke sekolah tetapi guru tidak benarkan,’’ kata Verdant.
Keadaan ini memaksa Verdant bermain dengan adiknya, Vrisha yang baru berusia setahun di rumah dua bilik mereka sahaja.
No comments
Post a Comment