Sejak kebelakangan ini nama penyanyi dangdut popular sekitar tahun 1990-an Amelina menjadi bualan hangat di laman-laman sosial.
Ia berikutan beberapa keping foto penyanyi yang mendapat gelaran Ratu Dangdut itu mula disebarkan menerusi beberapa buah blog hiburan, sejak Isnin (semalam).
Menerusi sebuah blog hiburan, wanita yang didakwa Amelina itu ditemui ketika sedang bertemu janji dengan penyanyi Maya di sebuah pusat membeli belah di Bangsar.
Pertemuan di antara Amelina dan Maya kemudiannya telah ‘diabadikan’ oleh seorang ‘peminat’ yang kemudiannya bertindak menyebarkan foto yang dirakam untuk kenang-kenangan tersebut kepada sebuah blog.
Astro Gempak bagaimanapun tidak pasti sama ada foto tersebut merupakan yang terbaru atau koleksi lama, kerana wanita yang dikatakan seiras Amelina itu tidak memakai tudung sedangkan Amelina yang kita kenal mula berhijab selepas mendirikan rumah tangga.
Dalam pada itu, Astro Gempak turut mendengar ura-ura mengenai Amelina yang akan kembali aktif dalam bidang nyanyian.
Nama Amelina melonjak naik sekitar tahun 90-an menerusi lagu hitnya ‘Rindu Ah Ah’ dan sering berganding dengan penyanyi dangdut Iwan.
Album terakhir Amelina berjudul ‘Cinta Oh Cinta’ pada tahun 1998 sebelum berkahwin dengan seorang ahli perniagaan bernama Reduan Mahmood, pada 26 Mei 1999.
Malah berita perkahwinannya juga menjadi hangat apabila dia dan suaminya, Reduan Mahmood didenda RM600 setiap seorang oleh Mahkamah Syariah Kangar kerana berkahwin di Songkhla, Thailand tanpa kebenaran.
Lebih hangat, apabila mereka berdua pernah diusir oleh pemilik rumah yang mendapat perintah mahkamah atas dakwaan gagal menjelaskan sewa sejumlah RM2,700 sebulan.
Beberapa keping foto yang dirakam secara 'candid' dan telah tersebar di laman-laman sosial:
No comments
Post a Comment