Miri: Seorang lelaki tempatan berusia 20-an maut, manakala seorang tekong sebuah kapal nelayan parah selepas terbabit dengan pergaduhan membabitkan seorang lelaki warga Indonesia di sebuah kapal dalam kejadian di Perairan Miri, di sini, sebentar tadi.
Kejadian jam 11.30 pagi itu dipercayai berlaku akibat salah faham antara mangsa dan warga Indonesia berkenaan sebelum suspek bertindak menyerangnya menggunakan sebilah parang.
Tekong kapal yang menyedari kejadian itu cuba meleraikan pergaduhan itu, namun turut diserang suspek terbabit sekali gus menyebabkan tekong kapal berkenaan parah di leher dan kepala sebelum terjatuh ke laut.
Tekong kapal yang cedera dibawa ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan, manakala polis masih di lokasi kejadian meneruskan siasatan.
No comments
Post a Comment