Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Ular Sawa 6 Meter Dalam Batang Balak!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Ular Sawa
TEMERLOH – Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berjaya menarik keluar seekor ular sawa seberat hampir 80 kilogram dalam sebuah batang balak di Kampung Orang Asli Paya Badak, di sini semalam.

Pegawai Operasi JPAM Temerloh, Sofian Sulaiman berkata, ketika ditemui ular lebih enam meter panjang itu sedang mengeram berpuluh telur dalam sarangnya dekat kebun milik seorang penduduk Orang Asli kampung tersebut.
Menurutnya, JPAM menerima aduan daripada Orang Asli di kampung tersebut kira-kira jam 11.27 pagi mengenai penemuan reptilia itu dan bergegas ke tempat kejadian dan tiba jam 11.45 pagi.
“Sebaik tiba kami dimaklumkan reptilia ini bukan berada dalam kediaman penduduk sebaliknya dalam sebuah batang balak yang berlubang.
“Kami terpaksa berjalan kaki kira setengah jam untuk ke lokasi ular sawa itu ditemui dan mengambil masa lebih sejam untuk mengeluarkan reptilia itu dari sarangnya.
“Ketika ditangkap ular berukuran lilit enam meter ini tidak terlalu agresif tetapi sedang mengeram puluhan telur dalam batang balak mati,” katanya. – SINAR HARIAN

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments