LOS ANGELES – Pernah atau tidak anda semua dengar kisah bekas pasangan bercinta bergaduh kerana berebutkan hak penjagaan dua ekor anjing yang pernah dipelihara bersama?
Nampaknya, bintang Hollywood Robert Pattinson dan Kristen Stewart bakal menjadi bekas pasangan bercinta yang bergaduh semata-mata disebabkan kerana isu ini.
Sumber memberitahu, baik Robert Pattinson mahu pun Kristen Stewart, masing-masing tidak dapat membuat keputusan siapa yang sepatutnya menjaga dua ekor anjing mereka iaitu Bear dan Bernie.
Mengikut perbincangan awal, Robert Pattinson yang akan menjaga kedua-dua ekor anjing itu tetapi sekarang ini, Kristin Stewart dilaporkan mahukan kedua-dua anjing itu dan sedang mendapatkan nasihat bagaimana untuk mendapatkan hak penjagaan bersama ke atas haiwan peliharaan itu.
Kristin Stewart juag berpendapat bahawa mereka sepatutnya menjaga salah seeekor daripada kedua-dua anjing itu. – Murai
No comments
Post a Comment