Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Minta Izin Jika Guna Lagu Opick!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Opick
KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu-lagu ketuhanan dari Indonesia iaitu Opick berharap pihak penerbit atau televisyen yang menggunakan lagu nyanyiannya hendaklah meminta keizinannya terlebih dahulu sebelum menggunakan karya berkenaan.

Opick atau nama sebenar Aunur Rofiq Lik Firdaus, 39, berkata ia adalah untuk makluman dan perhatiannya sahaja sebagai pencipta lagu tersebut.
"Seharusnya mereka perlu meminta izin daripada saya sebagai pencipta lagu tapi setakat ini belum pernah ada yang berbuat demikian.
"Tapi itu tidak menjadi masalah selagi tidak menimbulkan apa-apa kesalahan atau mungkin juga mereka ada beritahu pada orang lain tetapi tidak disampaikan kepada saya," katanya ketika pada majlis pelancaran album Ya Maulana, di sini, Isnin.
Antara lagu nyanyiannya seperti Rapuh, Bila Waktu Telah Berakhir dan Ketika Cinta Memanggil sering dijadikan lagu tema dalam filem dan drama tempatan.
Tambah Opick, dia juga kurang jelas dengan pembahagian royalti yang sepatutnya diterima jika lagu diputarkan di stesen radio di negara ini.
"Saya tidak tahu bagaimana prosesnya tetapi saya yakin ada bahagian yang telah diuruskan oleh pihak pengurusan kepada saya.
"Saya yakin apa pun hak saya akan diberi Allah dengan pelbagai caranya," ujarnya.
Album Ya Maulana mengandungi 10 buah lagu baru ciptaan Opick sepenuhnya.
Dalam pada itu, Opick turut bersyukur lagu-lagu keagamaan yang diciptanya mendapat tempat di kalangan masyarakat di negara ini.
"Saya bersyukur lagu saya diminati dan disukai, ini bermakna satu bonus buat saya dapat memberi inspirasi kepada orang lain dalam memuji keagungan Allah," ujarnya.
Selain pelancaran album kesembilan, Opick hadir ke Malaysia bagi meraikan ulang tahun perkahwinan ke 11 tahun dengan Dian Rosita.
"Alhamdulillah rezeki saya bertambah sejak membuat lagu-lagu keimanan, malah keluarga saya lebih bahagia dan hari ini kami sebenarnya dalam percutian menyambut ulang tahun perkahwinan kesebelas kami.
"Oleh kerana waktu agak terhad jadi terpaksa menyelitkan jadual pelancaran album pada waktu percutian ini," katanya.
Album Ya Maulana ini mengandungi 10 buah lagu yang diciptanya sendiri.
Antara lagu dalam album ini termasuklah Ku Tak Pernah, Berapa Jarak, Ajari Aku dan Aku Percaya.
Album berkenaan sudah berada di pasaran seluruh Malaysia dengan harga RM25.90.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments