Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Sasha Hendak Suami Melayu, Enggan Bermadu!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Sasha Saidin
Selepas mengalami dua episod kegagalan rumahtangga, pelakon dan penyanyi kacukan Melayu-Inggeris, Sasha Saidin mengatakan dia tidak pernah serik untuk berkahwin lagi.

Sebelum ini, kakak kepada Zain Saidin itu pernah berkahwin dengan seorang lelaki Inggeris dan lelaki Indonesia.
Bercakap mengenai perancangan hidupnya selepas ini, Sasha mengatakan, “ada kawan-kawan yang cadangkan saya berkahwin. Tapi iyalah, jodoh ajal maut semua tu bukan atas kawalan kita. Tapi kalau saya nak kahwin pun sebab saya rindu nak ada baby. Teringin nak anak perempuan tapi bukanlah bermakna saya tak perlukan lelaki dalam hidup saya.
“Cuma kalau saya kahwin lagi, saya akan pastikan lelaki itu boleh membimbing diri dan anak saya. Dia seorang yang stabil dari segi kewangan dan rajin bekerja. Kalau boleh, kali ini saya nak lelaki Melayu pula lah dan lelaki itu mesti tinggi,” katanya dalam nada bergurau kepada Malaysian Digest.
Sasha turut menegaskan bahawa dia sesekali kalau boleh mahu mengelakkan daripada berkahwin dengan suami orang tetapi tidak kisah sekiranya dipertemukan jodoh dengan duda.
“Kalau duda atau pun lelaki itu ada anak, saya tak kisah. Tapi saya tak mungkin berkahwin dengan suami orang. Sebab saya tak fikir saya boleh berkongsi kasih suami (bermadu). Tapi saya hormati pada wanita-wanita lain yang sedia bermadu,” ujarnya lagi.
Hasil perkahwinan kedua dengan Salyo Priyanto, Sasha, 37, dikurniakan seorang anak lelaki Adam Aryasenna Notosoemarsono yang kini berusia empat tahun.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments