Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [WOw] Restoran Di Jepun Guna Kambing Sebagai Penarik Pelanggan!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Ibu Kota Jepun memang terkenal dengan pembantu kafe (Meido kafe), di setiap kafe, para pelanggan dilayani oleh perempuan-perempuan yang memakai pakaian pelayan Perancis. Ada pula kafe kucing bagi para pecinta kucing, namun bagaimana dengan kafe kambing?
Terdapat sepasang kambing dalam kafe yang sengaja dipaparkan untuk menarik pelanggan. Para pelanggan boleh bermain dengan kambing-kambing itu, sambil membaca buku, minum kopi, atau bersantai sambil menunggu kereta.

Idea kreatif dalam kafe ini di dirikan oleh Rena Kawaguchi. Kawaguchi dan staf-stafnya membawa dua ekor kambing bernama Sakura dan Chocolate tiga tahun lalu ke kafe yang didirikannya.

"Kafe haiwan adalah tempat di mana anda boleh bermain dengan anjing dan kucing. Namun kami berpendapat, haiwan biasa seperti itu tidak akan menimbulkan 'kesan fantatis.' Lain halnya dengan kambing, "ujar Kawaguchi.

Memelihara seekor kambing tentu mempunyai cabaran tersendiri. Kakitangan-kakitangan kafe itu perlu membersihkan kotoran mereka yang berbau agar pelanggan tidak terganggu.

Namun beberapa orang pelanggan pun cukup terkesan dengan idea yang disajikan di kafe kambing. Mereka merasa, kambing-kambing itu membuat para pelanggan kafe merasa berada di alam bebas.

Kejayaan Kawaguchi dalam menguruskan kafe kambing ternyata membuahkan idea lain yang jauh lebih ekstrim. Kini, Kawaguchi mula merancang pembangunan kafe gajah. (AUL)


About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments