Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] TVB Arah Christine Kuo Turun Berat Badan!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Christine Kuo
Pelakon wanita TVB, Christine Kuo telah diarahkan untuk mengurangkan berat badan selepas ia bertambah sebanyak  16 kilogram (kg).
Pelakon itu yang dikatakan sebagai orang ketiga disebalik perpisahan antara Aaron Kwok dan Lynn Hung telah bertambah berat badan daripada 52kg ke 68kg.

Dia memberi alasan kenaikan berat badan yang serius itu adalah disebabkan oleh tekanan dan badannya yang menyimpan air yang banyak.
Dalam pada itu, TVB telah mengeluarkan arahan untuk pelakon itu menurunkan berat badan sebanyak 4.5kg dalam tempoh seminggu.
Menurut Asian Pop News (APN), Christine pernah melantik  perunding kecantikan dan telah bertindak memecat perunding tersebut dari syarikat, The Beauty.
Memetik sumber dalaman APN, pelakon wanita itu diarahkan untuk menurunkan berat badan kerana TVB gusar jika ia akan menjejaskan reputasi perniagaan.
Dalam pada itu, Christine menafikan beratnya kini 68kg dan menuduh syarikat kecantikan berkenaan tidak berpuas hati dengan berat badannya sekarang.
“Saya tidak pernah dengar pengiklan tidak berpuas hati. Kerjasama kami baik.
“Walapun saya tidak menimbang berat badan saya, tetapi saya tidak rasa berat saya 68kg,” jelas Christine kepada APN.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments