Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» »Unlabelled » [WOw] Wanita warga emas mati tertimbus dalam runtuhan tanah di Mesilau!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

RANAU 16 Julai - Seorang wanita warga emas berusia dalam lingkungan 70-an dipercayai terperangkap dalam runtuhan tanah sedalam kira-kira lima hingga 10 meter di Kampung Mesilau dekat sini.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Supritendan Abd. Rahman Kassim berkata, Dahumi Kinte dipercayai terperangkap di bawah runtuhan tanah dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 pagi ketika mangsa pergi memetik hasil tanaman di tanah tinggi tersebut.

Katanya, ahli keluarga mangsa mengesahkan Dahumi berada di sekitar pondok miliknya di kawasan tanah runtuh yang terletak di lereng kaki Gunung Kinabalu tersebut.
"Operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan di kawasan tanah runtuh yang dianggarkan seluas 1.2 hektar.

"Bagaimanapun operasi terpaksa diberhentikan pada pukul 5.15 petang kelmarin kerana cuaca semakin gelap. Namun operasi disambung keesokan pagi dengan menggunakan jentolak," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Ranau, Mohammad Akramin Sakirun.
Abd. Rahman berkata, hujan lebat dan ribut yang berlaku sejak malam tadi dipercayai menjadi punca kejadian tanah runtuh di kawasan bercerun tersebut.

Menurut beliau, berikutan itu juga laluan dari lokasi terlibat ke Pusat Latihan Islam Kundasang dan Kelab Golf Mesilau terputus ekoran tempat kejadian dipenuhi air.

Sementara itu, Mohammad Akramin berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.57 pagi dari Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kota Kinabalu.

Katanya, sebuah jentera bomba tiba di tempat kejadian pada pukul 11.09 pagi sebelum sebuah lagi jentera dan kenderaan utiliti datang membantu.

"Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 12 anggota bomba, polis (33), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (6) dan Jabatan Kesihatan (9)," ujar beliau lagi. Utusan online



About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments