Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Bangkai Babun Di Sangka Alien!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Plettenberg Bay - Para pelancong yang sedang bercuti dan warga tempatan di sebuah bandar peranginan di Afrika Selatan, dikejutkan dengan penemuan bangkai makhluk dengan badan yang panjang dan menghitam. Semua orang heboh kerana menduga ianya alien.
Bangkai makhluk misteri ini dijumpai di kawasan pelancongan pantai Nature s Valley berdekatan Plettenberg Bay. Dilansir dari media Afrika Selatan, Time Live, isnin (15/7/2013), pelancong dan warga tempatan mengerumuni bangkai makhluk misteri ini, termasuk ranger taman negara setempat Lleyellyn Dixon.

Anaknya kemudian memfoto bangkai ini di uploud di jejaring sosial. Semua meneka mahluk setengah manusia, setengah monyet ini alien atau bukan?

Akhirnya, doktor haiwan Madgalana Braum dari Crags Veterinary Clinic menjelaskan, menurutnya itu adalah baboon yang tubuhnya telah rosak.

Dia yakin baboon itu tubuhnya telah berubah dan nampak aneh. Induk baboon diketahui sering membawa bangkai anaknya walaupun sudah mati. Braum menduga, bangkai itu adalah bangkai anak baboon yang terus dibawa-bawa oleh induknya sehingga tubuhnya mengering dan memanjang.

"Kami cukup sering melihat baboon dalam penyelidikan. Induk baboon sering membawa bangkai anaknya yang mati, terkadang sampai 3 atau 4 minggu, sebelum akhirnya ditinggalkan," kata Braum kepada radio Algoa FM.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments