Golongan selebriti memang tidak dapat lari daripada dikecam dan dikritik oleh sesetengah pengikut mereka di laman Instagram masing-masing.
Selepas Nora Danish dan Datuk Siti Nurhaliza, kini nama Azza Elite turut dikecam apabila tindakannya memuat naik gambar menunjukkan susuk tubuhnya yang dilihat tidak manis dengan penampilan terbarunya yang berhijab.
Mengulas mengenai perkara itu, Azza menjelaskan, “sebenarnya saya pakai baju tu dengan inner. Maklumlah, kadang-kadang tu kaalu nak ambil gambar kita tak perasan tudung terselak sikit. Mungkin saya dah berisi sikit. Itu yang mungkin nampak seksi. Saya tak faham kenapa ia boleh jadi isu tak senonoh.
“Saya rasa isu ini timbul sebab ia persepsi yang memang dari dulu lagi. Orang dah cop yang Elite itu seksi, jadi kalau dah bertudung pun masih nak pakai yang ketat-ketat. Dah kalau orang anggap ia negatif, jadi negatiflah,” katanya memetik laporan Malaysian Digest.
Walaupun ditegur secara terbuka, Azza tetap mengucapkan rasa penghargaannya terhadap yang menegur namun baginya kalau hendak menegur sesuatu itu biarlah kena pada cara dan tempatnya supaya tidak menjatuhkan maruah orang yang ditegur itu.
No comments
Post a Comment