Filem terakhir lakonan mendiang Cory Monteith yang berjudul All The Wrong Reasons tetap akan ditayangkan mengikut waktu yang telah ditetapkan sebelum ini.
Filem itu akan dijadualkan akan ditayangkan pada bulan September nanti.
Menerusi filem terbarunya itu, Monteith, 31, memegang watak sebagai James Ascher, seorang penjaga stor di mana isterinya menghidap penyakit trauma yang melampau.
Aktor kelahiran Kanada yang terkenal dengan watak Finn Hudson menerusi drama muzikal terkenal, Glee telah dijumpai mati di Hotel Fairmount Pacific Rim, Vancouver selepas dirinya dikatakan terlewat mendaftar keluar daripada hotel tersebut, Sabtu lalu.
Kematian mengejutnya itu ternyata memberikan tamparan besar buat kekasihnya, aktres Lea Michele kerana mereka dikatakan sudah merancang untuk berkahwin dua minggu lagi.
Menurut koroner, punca kematian Monteith adalah disebabkan kerana kombinasi pengambilan dadah termasuk heroin dan minuman keras dalam dos yang berlebihan.
No comments
Post a Comment