Semakin berseri-seri wajah pelakon tampan, Izzue Islam sejak mendirikan rumahtangga dengan wanita pilihannya iaitu pengurusnya sendiri, Awin Nurin.
Terbaru, pasangan ini sempat berbulan madu di sebuah lokasi romantis di Thailand sempena menjayakan rakaman program siaran Astro Ria, Romantika Raya.
Sebelum ini, peminat banyak yang mengkritik mengenai perbezaan usia Izzue dan isterinya yang beza sebanyak lapan tahun namun ternyata cerita-cerita negatif mengenai isterinya langsung tidak memberi kesan kepada ahli kumpulan Forteen itu.
Baguslah begitu Izzue, pedulikan sahaja apa kata orang, yang penting kita bahagia dengan hidup kita dan sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi segala dugaan dan halangan yang mendatang kelak.
Apa-apa pun jom layan gambar romantis pasangan ‘cute’ ini sepanjang berada di negara Gajah Putih itu.
No comments
Post a Comment