Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Polis KL Cari Lelaki Warga Nigeria ini~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Tahanan
KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur sedang mengesan seorang lelaki warga Nigeria berusia 25 tahun bagi membantu siasatan pasukan tersebut.
Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan media berkata, lelaki dikategorikan sebagai Orang Dikehendaki itu dikenali sebagai Osuji Kelly Prince.
“Alamat terakhir Orang Dikehendaki ini adalah di Danau Impian Condo, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Dia berketinggian 5 kaki, 5 Inci, berambut kerinting pendek dan berkulit gelap,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta talian 03-2146 0522 sambungan 709 atau Pusat Kawalan IPK KL ditalian 03-2146 0585/584.
Jelas kenyataan itu, maklumat juga boleh disalurkan melalui Hotline Rakan Cop Kuala Lumpur ditalian 03–2115 9999, menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 32728 atau hadir ke balai polis berhampiran. – mynewshub.my

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments