Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [WOw] Park Jung Min Ke Malaysia Oktober Ini~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Park Jung Min
Anggota kumpulan terkenal SS501, Park Jung Min disahkan akan megadakan showcase di Malaysia pada Oktober ini.
Pelancaran tiket showcase ini akan diadakan pada 17 Ogos, 2013 pada jam 11 pagi hingga 3 petang di Paradigm Mall (Atrium Upper). Seramai 100 peminat pertama membeli tiket VVIP dan VIP akan dapat diskaun 10%.
Park Jung Min tampil sebagai artis solo pada awal tahun 2011 menerusi debut album mini, Not Alone. Tiga bulan kemudian, dia mengeluarkan album duo bahasa (Korea dan Jepun) berjudul, The, Park Jung Min dan telah menerima sambutan yang baik. Selepas itu, dia kembali ke Korea untuk meneruskan kerjaya muzik sebagai ‘Park Jung Min’ dan mengeluarkan album single yang dihasilkan sendiri, Beautiful. Daripada konsep album, pemilihan lagu, sampai rakaman adalah semua diarahkan oleh Park Jung Min sendiri.
Selain kerjaya sebagai penyanyi, pada tahun 2009 Park Jung Min telah muncul menerusi lakonan dalam muzikal Grease. Lakonan mantapnya sebagai “Danny Park” dalam muzikal tersebut melayakkannya menerima anugerah Best New Talent Musical.
Pada tahun 2011, beliau juga menyertai Taiwan showbiz dan berlakon dalam drama idola pertama Garden Fondant dan menyanyikan lagu Cina bertajuk Bad Man. Sekaligus telah berjaya meraih kepada populariti Park Jung Min di Taiwan.
Park Jung Min memulakan kerjayanya di Jepun menggunakan nama ‘Romeo’ dan telah mengeluarkan dua album berjudul Give Me Your Heart dan Tonight’s The Night. Romeo memiliki gaya yang berbeza dari Park Jung Min, iaitu gaya barunya yang mewakili genre fantasi Jepun. Pada akhir tahun lalu, dia mengeluarkan album Jepun berjudul Midnight Theatre dan telah menduduki tempat pertama dalam jualan talian terkenal dan kedai rekod Tsutaya.
Pada awal tahun ini, Park Jung Min mengadakan 8 persembahan Park Jung Min VS ROMEO Theatrical Tour 2013-Dual Personality di Jepun. Konsert dibahagikan kepada sesi siang dan malam, persembahan siang persembahan pentas yang menakjubkan. Manakala persembahan malam pula dia muncul sebagai Romeo yang glamor, menunjukkan sisi gelap personalitinya.
New Pro Star Sdn Bhd dan PMP Entertainment bersama-sama menganjurkan persembahan Park Jung Min “Personaliti dual” di Malaysia, pada 12 Oktober, 2013 (Sabtu) di Star Stage @ KWC Fashion Mall.
Harga ticket untuk showcase adalah RM390, RM290, RM190 dan RM120. Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, sila hubungi: TicketCharge : +603-92228811 / www.ticketcharge.com.my New Pro Star Hotline: +603-79600779 / www. Facebook.com/newprostar.my – MALAYSIAN DIGEST

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments