Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Janda Nyaris Mati Ditembak DI Kuantan~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Janda nyaris mati ditembak

Suspek lepas sedas tembakan ekoran mangsa enggan buka pintu kenderaan 


Kuantan: Seorang janda beranak empat nyaris maut apabila seorang lelaki melepaskan sedas tembakan ke arah kenderaannya, dipercayai cuba menyamun, di Jalan Haji Ahmad, di sini, awal pagi semalam. 

Ruzelawati Basri, 35, dari Taman Mirama, di sini, bertindak pantas memecut kenderaannya sekali gus menyelamatkannya daripada terkena tembakan jarak dekat dilepaskan lelaki terbabit dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi. 
Mangsa enggan menurut arahan lelaki terbabit menyebabkan suspek mengeluarkan sepucuk pistol dan menghalakan ke arah cermin” Mohd Jasmani Yusoff, Ketua Polis Daerah Kuantan

Mangsa yang juga pemilik sebuah kedai cermin mata di sini mengalami luka kecil di bawah mata kanannya akibat terkena serpihan kaca cermin kereta bahagian pemandu kesan tembakan penjenayah itu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, berkata mangsa memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard berseorangan dipercayai keluar untuk minum sebelum singgah mengisi minyak di sebuah stesen.

Beliau berkata, selesai mengisi minyak, mangsa memberhentikan kenderaannya di hadapan sebuah restoran bersebelahan stesen berkenaan untuk membuat panggilan telefon kepada bekas suaminya di Putrajaya.

“Tiba-tiba sebuah sebuah kereta biru gelap menghampiri kenderaannya sebelum seorang lelaki keluar dari kenderaan itu dan menghampiri kenderaannya. 

Ketuk cermin kereta

“Lelaki terbabit kemudian mengetuk cermin kereta dan mengarahkan mangsa membuka pintu dan keluar dari kenderaan. Mangsa enggan menurut arahan lelaki terbabit menyebabkan suspek mengeluarkan sepucuk pistol dan menghalakan ke arah cermin.

“Namun sebaik melihat senjata berkenaan mangsa dengan pantas menekan pedal minyak untuk melarikan diri dari lokasi dan suspek sempat melepaskan satu das tembakan mengenai cermin kenderaan mangsa,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Mohd Jasmani berkata, mangsa kemudian menghentikan kenderaan di sebuah restoran 24 jam kira-kira 200 meter dari lokasi tembakan dilepaskan.

“Mangsa berada kira-kira sejam di dalam kenderaan dipercayai trauma sebelum memasuki restoran terbabit bagi meminta bantuan dan membersihkan kesan luka di matanya,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan pada kenderaan mendapati ada kesan satu das tembakan pada cermin pemandu dan dipercayai terkena rangka pintu hadapan MPV berkenaan.

“Siasatan awal tidak menolak kemungkinan motif kejadian dipercayai cubaan menyamun namun siasatan lanjut akan diteruskan termasuk mengambil keterangan bekas suami dan pekerja mangsa.

“Mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini dan dirawat sebagai pesakit luar. Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana melepaskan tembakan,” katanya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments