Video dibawah ini semakin menjadi viral di laman Facebook selepas seorang individu dikenali sebagai Mohd Yunus AR memuat naik kandungan video tersebut dan mendakwa wanita yang dipukul dalam lif itu adalah kakak kandungnya.
Menerusi video itu dapat dilihat tidak semena-mena selepas masuk ke dalam lif, si suami terus membelasah isterinya dengan agak teruk di hadapan kedua-dua anak mereka.
Mungkin sebelum itu mereka sudah pun bertengkar dan kemudiannya suaminya mengambil kesempatan di dalam tempat tersembunyi untuk memukulnya isterinya itu.
Dayus sungguh!
Menurut Mohd Yunus, kakaknya sudah membuat laporan polis di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang berhubung insiden tersebut.
Menurut sebuah blog, lelaki yang memukul isterinya itu bekerja sebagai pegawai veterinar di Jerantut, Pahang.
No comments
Post a Comment