Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Kemeriahan Pertandingan Bunga Api British 2013~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Ribuan peminat bunga api berkumpul di sekitar tepi pantai bandar Plymouth, Devon untuk melihat percikan bunga api malam pertama Kejohanan Bunga Api British.
Kejohanan tersebut yang menjadi acara tahunan Plymouth telah menarik minat pengunjung untuk berpusu-pusu bagi mengisi hiburan malam mereka.
Tiga pertunjukan pertama yang berlangsung pada Selasa telah berjaya memukau penonton yang hadir.
Setiap tahun, sebanyak enam syarikat professional akan mengambil bahagian di mana tiga pertunjukkan setiap malam.
Tambah menarik, tahun ini dikatakan tahun ‘Juara-juara’ apabila kesemua lima johan tahun-tahun yang lalu bergabung dalam menggapai gelaran ‘Juara Di Antara Juara’.
Semalam berlangsungnya pertembungan antara johan 2009, Phoenix Fireworks, johan 2007, Selstar Fireworks dan johan sulung kejohanan tersebut, 1st Galaxy Fireworks.
Pada malam ini pula akan berlangsungnya pertembungan kedua dan juga terakhir antara Star Fireworks menentang johan 2011, MLE Pyrotechnics dan johan 2008, Pendragon Fireworks.
Kejohanan tersebut dianjurkan sempena Kejohanan Bunga Api British Ke-17 yang telah bermula sejak 1997.
Saksikan gambar-gambar serta video kejohanan tersebut yang berlangsung semalam.
Sumber: Devon.co.uk

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments