Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Cincin Yang Dipakai Kelly Clarkson Jadi Rebutan~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Cincin Kelly Clarkson Jadi Rebutan
HAMSHIRE – Usaha muzium Jane Austen untuk mendapatkan semula cincin yang dibeli oleh penyanyi Amerika Syarikat, Kelly Clarkson hampir menjadi kenyataan apabila ia mendapat sumbangan bernilai £100,000 daripada seorang penderma.
Bagaimanapun jumlah berkenaan masih berkurang berbanding harga £152,450 yang ditawarkan oleh Clarkson, sejak kempen mengutip derma itu dilancarkan Jumaat lalu.
Penyanyi berkenaan sebelum ini membeli cincin berkenaan dengan harga lima kali lebih tinggi selepas ia dilelong.
Bagaimanapun awal bulan ini, kerajaan Britain telah melarang cincin itu dibawa keluar dari negara tersebut dan berharap usaha akan dijalankan bagi mengekalkan cincin itu di Britain.
Cincin tersebut adalah milik penulis buku ‘Pride and Prejudice’, Jane Austen yang meninggal dunia pada usia 41 tahun pada 1817.
Ia kemudian disimpan oleh adiknya Cassandra dan cincin itu kekal dalam keluarga berkenaan sehingga ia dilelong tahun lepas.
Muzium Jane Austen iaitu bekas rumah milik penulis buku itu berharap dapat membeli semula cincin berkenaan ketika dilelong, namun harganya yang terlalu tinggi menyebabkan cincin itu jatuh ke tangan Clarkson.
Bagaimanapun Clarkson yang merupakan peminat Austen, dihalang daripada membawa cincin itu ke Amerika Syarikat.
Susulan itu beliau bersetuju untuk menjual cincin berkenaan dan memberi masa sehingga Disember ini kepada pembeli yang berminat memilikinya.
Dalam pada itu, pengurusan muzium berkenaan berkata, minat yang ditunjukkan oleh Clarkson itu sekali gus menunjukkan bahawa popularity Austen terus kekal, biarpun selepas 200 tahun beliau menerbitkan novel terkenal `Pride and Prejudice.
Pihak pengurusan berkenaan turut menjemput Clarkson untuk melawat muzium berkenaan pada bila-bila masa.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments