KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun terpaksa menjamah nasi ‘berulamkan’ ubat apabila dia disahkan menghidap penyakit buah pinggang kronik, sejak Mei lalu.
Penderitaan dialami Nur Izlin Nafisya Izwan atau mesra dengan panggilan ‘baby’ itu bertambah parah apabila dia terpaksa menelan hampir 40 biji ubat dalam tempoh sehari.
Satu daripada ubat berbentuk kapsul itu perlu dihancurkan sebelum digaul bersama nasi atau apa-apa jua makanan yang dimakan oleh Nur Izlin.
Ibu kanak-kanak itu, Roslena Rasseli, 34, memberitahu anak kedua dari tiga beradik itu dikesan menghidap penyakit berkenaan ketika musim cuti sekolah penggal pertama lalu.
“Ketika itu, dia berada di rumah neneknya di Pasir Mas sebelum neneknya itu menyedari perubahan fizikal pada Nur Izlin yang berubah pucat pada mulut, tangan dan kaki.
“Saya segera membawanya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II dan pihak hospital memberitahu buah pinggang kiri Nur Izlin mengecut serta mengecil menyebabkan dia terpaksa ditahan di Unit Rawatan Rapi selama seminggu.
“Selain buah pinggang kiri yang gagal berfungsi itu, Nur Izlin juga sakit pada buah pinggang yang sebelah lagi apabila buah pinggang itu hanya berfungsi sebanyak 10 peratus. Akibat kegagalan fungsi buah pinggangnya itu, juga menyebabkan dia menghidap darah tinggi,” katanya.
Menurut Roslena, Nur Izlin seperti kanak-kanak lain yang membesar dengan aktif dan lasak. Dia tidak pernah menunjukkan tanda-tanda menghidap sebarang penyakit sebelum ini.
“Kini, rutin saya berubah 100 peratus. Sekarang kami sekeluarga perlu berulang-alik ke Hospital Kuala Lumpur demi merawat Nur Izlin. Setiap kali pergi dan balik, duit habis beratus ringgit belum lagi termasuk kos ubatan yang mencecah RM2,600 sebulan,” katanya.
Roslena hanya bekerja sebagai kerani di sebuah pusat boling dengan pendapatan RM800 sebulan sementara suaminya pula, Izwan Ibrahim, 34, adalah seorang pemandu di kedai alatan ganti kereta yang berpendapatan sekitar RM1,000.
Selain kesempitan wang, keluarga itu juga memerlukan penderma dengan segera bagi meringankan seksaan yang ditanggung Nur Izlin.
“Setakat ini, hanya saya yang bersedia untuk mendermakan sebelah buah pinggang ini kepadanya. Tetapi belum pasti sama ada organ saya itu sesuai atau tidak untuk digunakan Nur Azlin. Saya perlu menjalani ujian terlebih dahulu pada bulan depan,” katanya.
Keluarga berkenaan tidak pernah menerima apa-apa bantuan bulanan dan terpaksa bergolok gadai apa-apa sahaja barang berharga yang ada untuk menampung kos perubatan Nur Izlin.
“Saya bukan orang berada. Macam suami juga, kami tinggal di rumah sewa di Berek 12 dengan bayaran RM2,80. Sebelum ini pun, saya dan suami dua bulan cuti tanpa gaji kerana merawat Nur Izlin di Kuala Lumpur. Nur Izlin juga sudah dua bulan tidak ke sekolah.
Sesiapa berhasrat membantu meringankan beban keluarga ini boleh menyalurkan bantuan ke akaun Maybank Roslena Rasseli : 153010381198 atau menghubungi di talian 013-9558125. Sinarharian
Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Tagged with: [Wow] - Kisah Hidup
About Unknown
PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment