Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Lelaki Maut Dengan Pisau 6 Inci Terpacak Di Dada~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Pisau
GEORGETOWN – Seorang lelaki warga Myanmar dijumpai maut dalam keadaan pisau sepanjang enam inci terpacak di dadanya di sebuah tapak pembinaan di Jalan Militan, Sungai Ara di sini, semalam.
Mayat yang tidak beridentiti itu ditemui di tingkat tujuh tapak pembinaan terbabit oleh seorang penyelia bangunan itu, kira-kira jam 2.30 petang, semalam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan Mohd Hatta Md Zain berkata, hasil pemeriksaan pihak polis mendapati terdapat satu kesan tikaman di bahagian dada mangsa.
Menurutnya, polis percaya mangsa yang berusia 30an itu sudah mati lebih daripada sehari.
“Hasil siasatan awal, polis mendapati lelaki itu bukan pekerja di tapak itu.
“Berikutan kes ini, polis menahan pekerja warga Myanmar dan Indonesia yang bekerja di sini untuk membantu siasatan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Katanya, mayat dihantar ke hospital untuk bedah siasat, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh. – SINAR HARIAN

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments