Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [WOw] Mrs Malaysia Carol Lee Dimahkotakan Mrs Universe 2013~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Mrs Malaysia Universe Carol Lee
PETALING JAYA – Mrs Malaysia Universe Carol Lee mencipta sejarah apabila beliau dinobatkan sebagai Mrs Universe 2013, menjadikan beliau sebagai rakyat Asia pertama yang memenangi pertandingan ratu antarabangsa.
Lee, 39, menerima mahkota pada pertandingan akhir pada 11 Ogos di The Westin Aruba Resort di Palm Beach, Caribbean.
Penyampai berita dan bekas hos program bual bicara itu menewaskan 32 peserta di seluruh dunia yang bersaing bagi merangkul gelaran itu, serta turut mendapat gelaran “Mrs Popularity”.
Lee mendapat 88,649 undi dalam pertandingan yang diundi secara online oleh peminat, yang hampir disaingi oleh Mrs Amerika Syarikat, Amanda Grad yang mendapat 88,556 undi.
Beliau menghabiskan masa selama 10 bulan untuk menyediakan persiapan dari segi fizikal dan mental untuk pertandingan itu.
Tema dan inisiatif untuk pertandingan itu pada tahun ini telah ‘Hentikan Keganasan Dalam Negara’, yang memperlihatkan perjuangan Lee dalam kempen di seluruh negara untuk membantu badan-badan bukan kerajaan dalam usaha memerangi keganasan rumah tangga terhadap wanita.
Selain menjadi penceramah dan pengacara majlis, Lee juga mengendalikan Starz Studio, sebuah pusat pembangunan pembelajaran untuk kanak-kanak.
Pada pertandingan ratu itu, Lee memakai pakaian yang direka oleh pereka fesyen Malaysia, Carven Ong yang menerima anugerah Asian Top Designer of the Year pada 2009.
Salah satu ciptaan ketara Ong merupakan pakaian kebangsaan Lee yang memaparkan bunga raya yang besar di bahagian bahu. – mStar Online

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments