Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [WOw] Lan Pet Pet Terkilan Dituduh Melawak Tentang Ibu~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Terkilan Dituduh Melawak Tentang Ibu
PELAKON dan pelawak, Mazlan Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Lan Pet Pet memberitahu GUA dia dan keluarga menyambut Aidilfitri secara sederhana sahaja tahun ini. Ini kerana ibu tercinta tidak begitu sihat serta baru sahaja keluar dari hospital.
“Tahun ini saya tidak begitu gembira untuk beraya kerana mak baru sahaja keluar ICU sebab sakit orang tua. Ini kali pertama mak dimasukkan ke dalam ICU dan alhamdulillah, berkat doa saya sempena bulan Ramadhan, mak beransur pulih,” ujar Lan ketika ditemui baru-baru ini.
Lan amat rapat dengan ibunya yang sentiasa menyokong kerjaya seninya sejak awal kemunculannya melalui program Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 1994. Biarpun tidak menyambut raya secara besar-besaran, Lan tetap bercuti selama seminggu di Alor Setar, Kedah untuk berada di samping ibu.
Sementara itu, ahli kumpulan Senario ini juga meluahkan rasa terkilannya terhadap segelintir pihak yang tidak memandang serius situasi yang dihadapi. Jelas Lan, kerjayanya sebagai pelawak membuatkan ada pihak yang tidak mempercayai kata-katanya.
“Saya cuba untuk buang imej sebagai pelawak, sebaliknya memaparkan imej yang lebih serius. Saya sungguh terkilan kerana ada sesetengah pihak yang tidak percaya dengan pelbagai kejadian yang menimpa saya. Mereka menganggap saya hanya berlawak. Hinggakan apabila mak saya dimasukkan ke ICU pun perkara tersebut dianggap sebagai gurauan,” luah Lan.
Selain itu, Lan mengunci kemas mulut apabila disoal perihal keluarganya kerana tidak mahu melibatkan mereka dalam industri hiburan. Lan telah berkahwin pada 20 Ogos 2008 di Kedah dalam sebuah majlis yang hanya dihadiri keluarga dan sahabat rapat.
Lan yang merupakan adik ipar kepada pelakon cantik Rozita Che Wan sempat melahirkan rasa terujanya menerima Zain Saidin sebagai biras. Malah dia ada menawarkan diri untuk turun padang bagi memastikan kelancaran majlis tersebut. – Gua

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments