Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Kapal Selam India Meletup, 18 kelasi Terperangkap Semasa Letupan~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Kelasi
NEW DELHI – Menurut tentera laut India, kira-kira 18 orang kelasi dilaporkan terperangkap apabila berlaku letupan dan kebakaran di atas sebuah kapal selam berkuasa konvensional yang sedang berlabuh di pantai Mumbai pada awal pagi Rabu.
“Kami menganggarkan lebih kurang 18 orang kelasi terperangkap dalam kapal.
“Kami masih dalam usaha untuk menyelamatkan mereka,” jelas wakil jurucakap tentera laut, PVS Satish.
Tambah Satish, pihaknya tidak akan berputus asa selagi kesemua mangsa berjaya diselamatkan.
Punca letupan di dalam kapal INS Sindhurakshak masih disiasat dan berkemungkinan daripada percikan api yang berlaku di atas dok kapal.
Menurut laporan televisyen, kebakaran itu telah menyebabkan kapal selam tersebut telah separuh tenggelam.
Tragedi tersebut berlaku pada minggu yang sama apabila India melancarkan pesawat pengangkut pasang semula yang dijangka siap pada 2017.
Malah, mereka turut mengumumkan reaktor pada kapal selam nuklear buatan tempatan pertama mereka telah dimulakan operasinya.
Sumber/Foto: NBC News & Reuters

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments