Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [WOw] John Mayer Sudah Sedia Melamar Katy Perry~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Katy dan John sedang hangat bercinta.
PENYANYI John Mayer dilaporkan sudah bersedia untuk bergelar suami kepada katy Perry walaupun hubungan mereka kelihatan bermasalah sebelum ini.
Menurut laporan Daily Mail, selain bakal melamar Katy, John juga sudah menyiapkan sebuah lagu khas buat teman wanitanya bagi menyatakan hasrat tersebut yang berjudulWho You Love.
"Mereka saling mencintai dan walaupun pernah berlaku beberapa masalah sebelum ini ia sebenarnya menguatkan lagi hubungan mereka," kata sumber terdekat pasangan itu.
John yang dikenali sebagai 'playboy' dikalangan selebriti Hollywood sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan Jennifer Aniston dan Taylor Swift.
Namun pertemuan dengan Katy telah banyak mengubah diri lelaki itu sehingga mengambil keputusan untuk berkahwin.
"Katy telah mengubah John dan ini adalah hubungan cinta paling serius yang pernah dialami olehnya dan dia ingin mengakhirkan cinta mereka dengan perkahwinan.
"Cinta mereka sangat kuat dan jangan terkejut jika pengumuman perkahwinan mereka dibuat dalam masa terdekat," ujar sumber itu lagi.
Katy sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon dan pelawak Russell Brand pada tahun 2011 dan bercerai setahun kemudian.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments