Suasana memang cukup gamat suasana apabila adik-beradik jelita ini bertemu. Sesi penggambaran mereka berdua di sekitar Balai Berita baru-baru ini amat meriah dengan keletah kelakar masing-masing.
Kalau dua gadis ini saja sudah mampu meriuhkan suasana, bayangkan bagaimana keadaannya apabila ia turut disertai enam saudara mereka yang lain, tentu lebih kecoh jadinya.
Untuk mengelakkan daripada berebut, kami akan membuat undi menerusi kertas.< Emma Maembong, Pelakon
Begitupun, seronok HIP mendengar celoteh Chacha dan Emma Maembong petang itu. Masing-masing cukup ceria berkongsi cerita mengenai kemeriahan keluarga mereka menyambut Aidilfitri. Saban tahun, adik-beradik dua pelakon ini berkumpul di rumah bapa mereka di ibu kota pada raya pertama dan pulang ke kampung halaman di Terengganu pada keesokan harinya.
Jika dulu, ketika masing-masing masih kanak-kanak, senang untuk ibu bapa mereka mahu menguruskan lapan beradik terbabit, kini apabila masing-masing sudah dewasa dan empat daripadanya sudah pun berkahwin, semuanya mempunyai kerenah sendiri.
Seperti kata Emma, setiap kali raya pasti ada perkara yang digaduhkan.
“Jika dulu kami semua kecil-kecil, jadi kami semua akan tidur atas satu katil apabila berkunjung ke rumah ayah. Tetapi, apabila semua sudah besar, tak muatlah untuk tidur satu katil lagi. Jadi, untuk mengelakkan daripada berebut, kami akan membuat undi menerusi kertas. Sama seperti giliran mandi di pagi raya, kemas rumah dan pelbagai lagi, semuanya akan menggunakan kertas undi.
Konvoi balik kampung
“Seperti biasa, Hari Raya pertama kami berkumpul di rumah ayah untuk bersalaman dan bermaaf-maafan dengannya. Keesokannya baru kami berkonvoi balik ke kampung di Terengganu. Bayangkan bila kami berkonvoi, setiap seorang nak naik kereta sendiri bersama keluarga dan pasangan masing-masing, memang pening nak ikut ragam setiap orang. Namun itulah yang membuatkan perjalanan menjadi seronok, sebab kami ramai.
“Lagi satu, kami seronok balik kampung sebab masing-masing boleh makan makanan kegemaran iaitu nasi gagang. Selalunya, apabila keluarga kami berkunjung ke rumah saudara-mara, mesti lauk dan kuih muih yang dihidangkan habis dimakan oleh kami. Keluarga ayah besar. Dia ada 12 adik-beradik dan itulah sebabnya raya kami meriah pada saban tahun.
“Malah, balik kampung juga menyeronokkan sebab saya juga dapat berjumpa kawan artis yang kampungnya tinggal berdekatan seperti Zalif Sidek, Zizan dan beberapa orang lagi,” ujar Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail Embong, 21, yang juga anak kesembilan daripada 11 beradik ini.
Kongsi adik bongsunya, Chacha atau Siti Aishah Ismail Embong, 17, setiap kali raya, mereka mengenakan baju yang sama. Apatah lagi apabila adik-beradik perempuan pula agak ramai. Idea untuk baju raya pula selalunya daripada Emma.
Tahun lalu, umpamanya, adik-beradik perempuan keluarga mereka mengenakan kebaya merah dan hitam.
Pilu kenang arwah abang
Namun, tidak semuanya manis apabila mereka bercerita mengenai sambutan Aidilfitri. Dedah Chacha, perayaan mereka tidak lagi sempurna selepas seorang daripada abang mereka, iaitu anak yang ketujuh, meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya.
Ia juga antara sebab utama mengapa mereka meluangkan 1 Syawal di Kuala Lumpur, iaitu untuk melawat pusara abangnya setiap pagi raya pertama. Kehilangan si abang begitu dirasai setiap ahli keluarganya kerana dia seorang yang penyayang. Saban tahun ada saja buah tangan daripada abang mereka untuk adik-adik yang lain.
Raya tetap sama selepas bergelar selebriti
Sementara itu, bertanya pula perbezaan menyambut Aidilfitri sebelum dan selepas bergelar selebriti, Emma dan Chacha tidak berasa wujudnya perbezaan yang ketara. Cuma, sekarang ini setiap pergerakan mereka lebih menjadi perhatian ramai apabila masing-masing mula dikenali.
“Kalau dulu, kami pergi beli makanan di tepi jalan pun orang tak perasan. Tetapi sekarang, sudah ada yang kenal. Saudara-mara juga sudah mula memperkatakan mengenai drama lakonan kami.
“Begitupun, kami tetap berasakan suasananya agak sama, tiada apa yang berbeza sangat. Tambahan pula, saya dan Emma baru saja menjengah arus perdana dan inilah juga tahun pertama Emma beraya sebagai selebriti.
“Cuma, paling ketara ialah apabila masing-masing sudah besar. Jadi tibalah giliran kami pula yang menghulurkan duit raya kepada ayah. Selalunya, ayah yang akan bagi duit raya kepada kami adik-beradik, tetapi kini Chacha yang bongsu pun sudah membesar dan mula memberi duit raya kepada ayah,” cerita Chacha.
Teringin berlakon bersama
Sememangnya terserlah ikatan kekeluargaan dua-beradik ini, meskipun masing-masing bukannya selalu dapat berkumpul dek mulai sibuk dengan kerjaya seni sendiri.
Memperuntukkan masa kira-kira seminggu lebih untuk berehat dan menyambut raya bersama keluarga, Emma dan Chacha akan sibuk dengan penggambaran sejurus selepas bercuti.
Turut berkongsi impian, kedua-duanya juga menunggu masa yang sesuai untuk digandingkan dalam sebuah filem mahupun drama. Bukan tidak pernah ditawarkan berlakon bersama sebelum ini, tetapi jadual kerja yang bercanggah memaksa kedua-duanya melupakan dulu peluang yang diberikan itu.
Bagaimanapun, mereka pasti akan menerimanya juga apabila tiba masa yang sesuai kerana itulah juga impian kedua-duanya, untuk berlakon bersama suatu hari nanti.
Emma Maembong:
* Nama sebenar: Fatimah Rohani Ismail Embong
* Nama komersial: Emma Maembong
* Umur: 21 tahun
* Tarikh lahir: 27 Mac 1992
* Asal: Batu Buruk, Terengganu
* Darah kacukan: Ayah (Melayu) dan ibu (Scotland)
* Keluarga: Anak kesembilan daripada 11 beradik
* Antara drama: Kau Yang Terindah, Cinta Itu Milikku, 3 Nenek 3 Dara dan Kampung Girl
* Filem: Werewolf Dari Bangladesh
Chacha Maembong:
* Nama sebenar: Siti Aishah Ismail Embong
* Nama komersial: Chacha Maembong
* Umur: 17 tahun
* Tarikh lahir: 30 Julai 1996
* Keluarga: Bongsu daripada 11 beradik
* Antara drama: Kisah Chenta Cornetto Uda Dara, Setia Hujung Nyawa, Cinta Pizza, Hai Papa dan Mira Sofia.
* Pakaian: Ezuwan Ismail (0122646871) & Raffiey Nasir (0178828984)
* Solekan: Fiza Zainuddin (menggunakan Mac) (012-2211731)
* Dandanan: Sherry (013-3688543)
bh

No comments
Post a Comment