Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Wanita terperangkap dalam tembok...Disangka hantu!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

China
Beijing – Seorang wanita di timur China yang ingin melalui jalan pintas untuk pulang ke rumah terperangkap dalam sebuah tembok selama tujuh jam kerana penduduk menyangkanya hantu.

Jalan susur itu bagaimanapun menjadi sangat sempit menyebabkan dia tersepit di dalamnya, lapor televisyen kerajaan CCTV.
Disebabkan jalan untuk berpatah balik terlalu jauh, wanita dari wilayah Anhui, China itu memilih laluan itu sebelum terperangkap dalam tembok konkrit berkenaan.
Jeritannya tidak membantu kerana penduduk menyangka ia suara hantu.
Akhirnya, seorang penduduk yang melalui kawasan itu menyedari bahawa jeritannya itu benar-benar suara manusia sebelum menghulurkan bantuan.
Dalam rakaman video, anggota bomba dilihat memecahkan bahagian dalam tembok konkrit itu bagi mengeluarkan wanita berkenaan. Menurut laporan media tempatan, operasi menyelamat itu mengambil masa kira-kira 20 minit. – Agensi

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments