Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [WOw] HANGAT: Zain Akan Beraya Ke Kampung Che Ta!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Zain Saidin
Pelakon Zain Saidin mengatakan dia akan meluangkan masa pada lebaran nanti untuk beraya di kampung halaman kekasihnya, Rozita Che Wan atau Che Ta yang terletak di Alor Star, Kedah.

“Saya belum berkesempatan lagi untuk bertemu keluarga Che Ta di sana, namun begitu jika tiada aral melintang saya akan datang pada minggu pertama hari raya nanti,” katanya yang dipetik menerusi portal Rotikaya.
Bercakap mengenai persiapan perkahwinannya, Zain masih lagi berteka-teki bilakah tarikh majlis istimewanya itu akan dilangsungkan.
Namun, pelakon kacukan Melayu-Inggeris ini ada berkongsi mengenai tema majlis perkahwinan yang idamkannya iaitu ala perkahwinan dalam taman.
“Saya lebih tertarik untuk mengetengahkan perkahwinan ‘outdoor’ tetapi maklumlah cuaca kadangkalanya tidaklah begitu baik dan ini akan menjejaskan hari persandingan yang kelak. Walaubagaimanapun, saya memang suka untuk membuat satu tema perkahwinan dalam taman, kerana ia begitu unik dan sempoi.
“Apapun saya kena menunggu pihak perempuan kerana merekalah yang menguruskan persiapan untuk perkahwinan saya ini dan terpulanglah pada meraka apa yang mereka mahukan, dan saya hanya mengikuti apa yang terbaik buat kami berdua,” jelasnya lagi.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

1 comment

Unknown said...

semoga jodoh mereka berdua kuat ^^