SEMALAM berlaku satu kejadian samun di sebuah hotel bajet di Jalan Bukit Ubi, Kuantan, Pahang.
Menerusi CCTV hotel tersebut, kelihatan lima lelaki bersenjatakan parang dengan selamba masuk ke lobi hotel sebelum terus menuju ke kaunter.
Dengan hanya seorang pekerja di kaunter, ternyata suspek-suspek dalam kes itu mendapat ‘laluan mudah’ untuk melaksanakan kerja jahat mereka.
Apa nak jadi sekarang ni, nampaknya macam mudah sangat untuk melakukan rompakan, samun…macam petik jari sahaja.
Yang menghairankan, ramai pengusaha premis yang masih ambil jalan mudah dengan tidak menyediakan pengawal keselamatan, tidak memasang peralatan keselamatan yang sewajarnya seperti grill, penggera, CCTV dan banyak lagi.
Premis seperti hotel ini sepatutnya mempunyai sistem keselamatan yang ketat…kalau para penjenayah itu dengan senang boleh masuk ke kaunter, tidak mustahil juga mereka boleh masuk ke bilik-bilik dan menyamun pelanggan yang menginap di situ bukan?
No comments
Post a Comment