Pelakon yang semakin rancak mendapat tawaran drama bersiri, Nazim Othman mengatakan dirinya bakal menyambut lebaran Aidilfitri di perantauan bersama beberapa rakan artis yang lain.
Ini kerana dia bakal terlibat dengan pengambaran drama arahan Erma Fatima, Kalimah Jiwa yang turut dibintangi Elfira Loy dan Erra Fazira yang berlangsung di Milan, Itali.
Jika kebiasaannya pada bulan Ramadan, kebanyakan selebriti lain lebih gemar mengambil cuti, namun perkara ini berlainan dengan kekasih kepada pelakon Nabila Dally ini.
Pada permulaannya memang aktor ini mahu berehat, tetapi disebabkan tawaran rezeki yang mendatang, dia terpaksa melupakan hasratnya itu.
“Saya tidak berehat pada bulan puasa ini. Pada mulanya, saya telah merancang untuk merehatkan diri, namun begitu apabila ada tawaran yang baik datang, saya mengambil peluang tersebut kerana menganggap tawaran itu sebagai rezeki di bulan Ramadhan,” katanya yang dipetik menerusi portal Gua.
Bercakap mengenai rutinnya sepanjang bulan puasa ini, Nazim menjelaskan dia lebih suka membeli juadah berbuka di Bazar Ramadhan dan berbuka di rumah sahaja serta pelakon ini juga tidak ketinggalan bersahur dengan menjamah masakan yang ringkas.
No comments
Post a Comment